DUN SIPUTEH:TINJAUAN PENGUNDI@PERSEPSI


Adakah pilihanraya semula akan diadakan lagi?.Kali ini mungkin di DUN Siputeh,Kubang Pasu,Kedah pula. Ini kerana YB kawasan berkenaan iaitu Datuk Abu Hasan Sarif, yang menguasai DUN berkenaan semenjak empat penggal berturut-turut di dapati telah dengan sengaja tidak menghadiri sidang DUN Kedah sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada 9 April dan 9 Ogos tanpa kebenaran Speaker.Menurut undang-undang DUN melalui Artikel 51 .mana-mana wakil rakyat yang tidak hadir siding DUN dua kali berturut-turut ,tempatnya hendaklah dikosongkan.

Bagaimana tinjauan pengundi di DUN Siputeh?

Saya telah menjalankan sedikit tinjauan terhadap pengundi-pengundi di DUN tersebut,dan nampaknya sedikit membimbangkan untuk BN terus menguasai semula jika pilihanraya diadakan.Ini kerana rata-rata pengundi termasuk pengundi (undi penentu) iaitu masyarakat Siam di kawasan berkenaan iaitu di Padang Sera, jelas kurang menyenangi sikap YB berkenaan yang menurut mereka sejak akhir-akhir ini agak sukar untuk ditemui.Mungkin ada sebab lain entahlah..
Namun, dari cakap-cakap kedai kopi dikawasan berkenaan di dapati perasaan tidak senang sudah mula timbul terhadap YB berkenaan.Ada sumber pengundi dan dari cakap-cakap rahsia umum, memaklumkan bahawa YB terlibat dalam menguruskan kontrak di Negeri Sembilan…. (tak dak masa kot!)
Rumah penduduk yang ditimpa bencana alam juga tidak dilawati,seperti sebuah rumah yang ditimpa pokok yang agak teruk…dengar kata beliau orang lama dan pengundi setia UMNO...
Disamping itu,mereka juga memberitahu bahawa perasaan tidak puas hati tersebut juga adalah tentang pembinaan sebuah Sekolah Menengah Sains yang baru dibina berdekatan kawasan YB berkenaan sahaja (berdekatan Teluk Tenggiri) di Kubang Pasu tetapi tidak di bina di Pekan Kodiang, (pekan kecil bersempadanan dengan Negeri Perlis). Sedangkan kawasan Pekan berkenaan memerlukan suntikan pembangunan semenjak dari 4 penggal yang lalu…
Itulah politik…persepsi masyarakat memang segala-galanya, mungkin dakwaan pengundi-pengundi di DUN berkenaan tidak 100% tepat, tetapi harus dingat politik emosi memainkan peranan besar di negara kita,contohnya adalah PRU yang lalu…
Ambillah iktibar kerana ramai yang berebut-rebutkan jawatan berkenaan…apabila sudah dapat tidak tahu menjaganya pula….dunia oh dunia…


more:

JERLUN: The Barisan Nasional state assemblyman, who came under fire for being absent from two consecutive state assemblies this year, will leave it to the Election Commission to decide on his fate as a wakil rakyat.
Datuk Abu Hassan Sarif, the representative of the Kota Siputeh constituency, said he had also explained his absenteeism from the April 19 and Aug 9 state assembly sittings to Kedah Umno liaision committee deputy chairman Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.Abu Hassan, who is also Jerlun Umno division chairman, said he was ill and was unable to attend the Aug 9 sitting."On that morning (Aug 9), I was preparing myself for the sitting and I felt pain in my chest.

No comments: