Samy Vellu tak guna sekupang!



Samy vellu memang tak guna.tergamak merestui tindakan perwakilan MIC yang mahu mengalungkan kasut ke potret DR.M...sedangkan selama ini DR.M banyak sekali membantu orang-orang Tamil untuk naik dalam bisnes dan profesional.Tapi umpama kacang lupakan kulit..tak tahu mengenang budi.Sebenarnya,kata-kata yang mengatakan DrM tak membuat apa-apa kemajuan pada kaum Tamil sebenarnya adalah kata-kata yang pernah dikeluarkan sendiri oleh Samy Vellu terhadap beliau.Kenapa apabila Dr M mengatakan Samy yang sebenarnya tidak membuat kemajuan pada kaum Tamil..Samy melenting... Sudah kalah bertanding tapi masih mahu jawatan..tak sedar diri..piirah!!!!!

IDRIS JALA AGAMA KRISTIAN?


Sebenarnya Idris Jala adalah kristian dari suku kaum Kelabit di Bario, Sarawak.Kalau ikutkan pada nama tentulah kita merasakan beliau seorang muslim dari suku-suku terdapat di Sarawak yang pelbagai.

Idris Jala was born in 1958 as a member of the Kelabit tribe from the Bario highlands in Sarawak, Malaysia. His name sounds like a Malay name but Idris Jala is not a Malay. He is a Christian. Yes, a man with a Malay name is a Christian. Surprise ? Not in Sabah or Sarawak, whereby the native with their first name in English is a Christian but a native with his or her first name in Malay is not necessary a Muslim.
Back to Idris Jala. In 1982, he graduated with a Bachelor Degree in development studies/management in University Sains Malaysia, winning the Bishen Kaur Award as the top student in development studies. He joined Sarawak Shell in the same year and, thanks to a Shell scholarship, earned a Masters degree in industrial relations from the University of Warwick, England, in 1986.

He was appointed human resources advisor of Shell International in the Netherlands in 1989, before returning to Shell Sarawak four years later as head of human resources planning. In 1998 he became chairman and managing director of Shell Sri Lanka before being transferred to London in 2000 to become the company's vice-president of business development consultancy and retail marketing.

Idris Jala is currently the Managing Director and Chief Executive Officer, Malaysia Airlines.

KARTIKA SARI @ ORANG - ORANG KECIL


Kartika Sari akan kena rotan.Ibu bapanya ternyata sangat menjunjung hukum Allah swt.Hakim telah menjalankan perintah Allah dengan menjatuhkan hukuman sebat berkenaan.Persoalannya?
KENAPA TIDAK DITANGKAP SAMA BAPAK-BAPAK MENTERI MELAYU DAN ISLAM YANG MEMINUM MINUMAN KERAS DI SERATA TEMPAT DAN DI SEBAT BERSAMA SEBAGAI PENGAJARAN UNTUK SEMUA.SERBU KEPADA PORT YANG DIKENALPASTI MEREKA INI(VIP)MABUK DAN TANGKAP MEREKA.BARULAH ADIL DAN MELAKSANAKAN SERUAN "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN"
JANGAN HANYA IKAN BILIS SAHAJA DIHUKUM DAN IKAN BESAR DILEPASKAN KERANA TIDAK CUKUP BUKTI.Hal ini telah pernah terjadi terhadap seorang budak yang tidak menghadiri PLKN di Perlis(MOHD SARIZAL) akibat kesusahan yang sememangnya diakui.Tetapi beliau telah dijel dan terpaksa membayar denda kepada mahkamah kerana keenganan beliau menghadiri PLKN.APAKAH INI ADIL DAN SAKSAMA?
Artis remaja diberi kelonggaran dari menghadirinya kerana komitmen mereka terhadap filem?
GILA!

Kartika Sari Dewi Shukarno, the model who was convicted for consuming beer and who was supposed to be canned for her offence has had her sentence postponed to after the fasting month. According to Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz, the chairman of the Pahang Religious Affairs, Dakwah, Unity and NGOs said “The state Religious Department enforcement officers, had gone to Kartika’s house in Sungai Siput, Perak on Monday to issue a warrant of arrest for her to be sent to the Kajang Prison for the whipping sentence to be carried out. At the same time, they received a letter from the Attorney-General’s Chambers advising them to release Kartika temporarily as it was not advisable for her to undergo the punishment during the fasting month. The sentence remains. She will be caned after the fasting month. She has been released but only temporarily," The model herself however is calling to have the sentence carried out as scheduled.
more:

PERPADUAN MELAYU+ISLAM=PRASANGKA CINA



Tertarik dengan kupasan panjang lebar Ustaz Ridzuan Tee,di dalam Mingguan Malaysia Ahad, betapa akhbar –akhbar cina sangat tebal prasangka perkaumannya dan kiasu.Antara akhbar yang dikatakan beliau terutamanya adalah China Press,Sin Chew Jit Poh serta Nanyang Siang Pau.Isu-isu hak keistimewaan orang Melayu dan isu Agama Islam menjadi mainan sensasi bagi menarik pembaca setia mereka.Kerajaan terlalu bertoleransi dengan pihak yang tidak sedar diri ini.Apa lagi yang mereka kehendaki? Sudahlah menguasai ekonomi, sehinggakan peniaga kecil Melayu yang ingin bertapak dalam perniagaan pun begitu mudah diterajang keluar, kerana kekuatan mereka menguasai ekonomi, begitu berakar umbi semenjak sekian lama.Politik pula, mereka menjadi penentu kemenangan calon.Orang Melayu sudah cukup banyak berkorban segala-galanya, hatta negara ini sekalipun.Diberi betis hendakkan paha. Cukuplah berbalah wahai pemimpin UMNO dan Pas, kita hanya menang sorak kampong tergadai!! Ingatlah bahawa Melayu tidak lemah.Jangan biarkan 13 Mei berulang kembali!!!!
Bersatulah atas nama Islam dan Allah swt.

ATTACK ON KEDAH!!!



Adun Keadilan DUN Lunas,Mohd Radzhi Salleh keluar Keadilan bersama dengan pemangku ketua Bahagian Keadilan Lunas,Jamaluddin Abu Hassan.Adakah ini seperti “Empire Strike Back” selepas Speaker DUN Kedah mengambil tindakan untuk mengosongkan DUN Siputeh atas tindakan ADUN BN,Abu Hasan Sarif yang tidak menghadiri sidang dewan?.Semacam adanya link di sini.Adakah tangan-tangan belakang yang mengawal boneka-boneka ini yang seringkali menggunakan alasan “tidak lagi percaya kepada pucuk pimpinan PKR pusat” sebagai alasan wajib untuk keluar dari PKR? Dapat kontrak lumayan? ,sidang akhbar di Luala Lumpur? Mengapa?
Tidak dinafikan,pilihanraya DUN Permatang Pasir di kawasan kubu Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah terlalu hampir dengan kawasan pengundian tersebut.Sebarang “gegaran” di kawasan berdekatan akan turut menyumbang kepada impak pola pengundian dan menarik perhatian pengundi. Kenapa terdapat terlalu banyak kebetulan di dalam political game sekarang ini? Dato’ Seri Azizan,Menteri Besar Kedah, perlu lebih fokus kepada permasalahan Keadilan dan DAP, kerana ADUN mereka ini ternyata menjadi duri dalam daging yang akhirnya mampu meruntuhkan kerajaan sepertimana berlakunya percubaan dan game yang serupa di Perak.
KUALA LUMPUR: Lunas state assemblyman Mohd Radzhi Salleh has announced he had quit Parti Keadilan Rakyat (PKR) to become an independent member of the Kedah legislative assembly.
Radzhi, who is chairman of the Tourism, Community Development and Human Resources Committee, said he would retain the post of state executive councillor as the appointment was made by the Sultan of Kedah.

DUN SIPUTEH:TINJAUAN PENGUNDI@PERSEPSI


Adakah pilihanraya semula akan diadakan lagi?.Kali ini mungkin di DUN Siputeh,Kubang Pasu,Kedah pula. Ini kerana YB kawasan berkenaan iaitu Datuk Abu Hasan Sarif, yang menguasai DUN berkenaan semenjak empat penggal berturut-turut di dapati telah dengan sengaja tidak menghadiri sidang DUN Kedah sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada 9 April dan 9 Ogos tanpa kebenaran Speaker.Menurut undang-undang DUN melalui Artikel 51 .mana-mana wakil rakyat yang tidak hadir siding DUN dua kali berturut-turut ,tempatnya hendaklah dikosongkan.

Bagaimana tinjauan pengundi di DUN Siputeh?

Saya telah menjalankan sedikit tinjauan terhadap pengundi-pengundi di DUN tersebut,dan nampaknya sedikit membimbangkan untuk BN terus menguasai semula jika pilihanraya diadakan.Ini kerana rata-rata pengundi termasuk pengundi (undi penentu) iaitu masyarakat Siam di kawasan berkenaan iaitu di Padang Sera, jelas kurang menyenangi sikap YB berkenaan yang menurut mereka sejak akhir-akhir ini agak sukar untuk ditemui.Mungkin ada sebab lain entahlah..
Namun, dari cakap-cakap kedai kopi dikawasan berkenaan di dapati perasaan tidak senang sudah mula timbul terhadap YB berkenaan.Ada sumber pengundi dan dari cakap-cakap rahsia umum, memaklumkan bahawa YB terlibat dalam menguruskan kontrak di Negeri Sembilan…. (tak dak masa kot!)
Rumah penduduk yang ditimpa bencana alam juga tidak dilawati,seperti sebuah rumah yang ditimpa pokok yang agak teruk…dengar kata beliau orang lama dan pengundi setia UMNO...
Disamping itu,mereka juga memberitahu bahawa perasaan tidak puas hati tersebut juga adalah tentang pembinaan sebuah Sekolah Menengah Sains yang baru dibina berdekatan kawasan YB berkenaan sahaja (berdekatan Teluk Tenggiri) di Kubang Pasu tetapi tidak di bina di Pekan Kodiang, (pekan kecil bersempadanan dengan Negeri Perlis). Sedangkan kawasan Pekan berkenaan memerlukan suntikan pembangunan semenjak dari 4 penggal yang lalu…
Itulah politik…persepsi masyarakat memang segala-galanya, mungkin dakwaan pengundi-pengundi di DUN berkenaan tidak 100% tepat, tetapi harus dingat politik emosi memainkan peranan besar di negara kita,contohnya adalah PRU yang lalu…
Ambillah iktibar kerana ramai yang berebut-rebutkan jawatan berkenaan…apabila sudah dapat tidak tahu menjaganya pula….dunia oh dunia…


more:

JERLUN: The Barisan Nasional state assemblyman, who came under fire for being absent from two consecutive state assemblies this year, will leave it to the Election Commission to decide on his fate as a wakil rakyat.
Datuk Abu Hassan Sarif, the representative of the Kota Siputeh constituency, said he had also explained his absenteeism from the April 19 and Aug 9 state assembly sittings to Kedah Umno liaision committee deputy chairman Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.Abu Hassan, who is also Jerlun Umno division chairman, said he was ill and was unable to attend the Aug 9 sitting."On that morning (Aug 9), I was preparing myself for the sitting and I felt pain in my chest.

kontraktor @ umno?


Menghadiri sidang umno bahagian kangar pada Ogos 2009, menjadikan saya berasa sangat khuatir tentang masa depan parti umno kini.sangat menyedihkan apabila kebanyakan perwakilan terpilih dan jawatankuasa bahagian merupakan kontraktor.Menghadiri sidang dengan berkereta mewah dan membincangkan tentang projek yang tidak berkesudahan...menjadikan saya sering bertanya-tanya dan hampir pasti bahawa UMNO kini tidak mungkin lagi dapat diselamatkan dengan betapa banyak opportunis yang berlegar di dalamnya.Tiada lagi semangat mempertahankan bangsa.Palsu belaka dan suka bermuka-muka.Langsung tidak menginsafi betapa bangsa dan agama kini terlalu lemah dipermainkan...
Baca lagi disini: